Friday, December 27, 2013

students and internet.

haaa. tajuk perlulah english.
heh.
berlagak pandai.

ok dah. cukup.

aku nak citer pandangan aku..
student dgan internet mmg tak dapat dipisahkan.
ada yang facebooking, tweeting, blogging, instagramming (??? )
kalau aku. aku pon kene ade internet memanjang. tapi aku xderlah mampu nk beli..
note 1, 2, 3 beam, xperia x,y,z semua2 tu.
aku suke tgok kawan2 aku gune.
mule2 aku pon macam NAK je. tapi mane aku nk cekau duit?
haaa.
yes. isu dia DUIT.
meh aku citer.
lunch: nearly RM5
dinner nearly or over RM5
total per day for food ONLY: RM10
itu aku kire2 mcm blanje ak klau kt kolej
aku xde  Ptiputipuan tu. sbb ayah aku kate, hdp jgn berhutang
aku ikut lah cakap ayah aku.
so, the next thing i know. i will be supported like PAMA.
 no. its actually only PA since my MA doesn't work.
aku pon buat azam baru. kumpul duit sendiri. kumpul sikit2 mesti dapat hasil punye.
aku kumpul. tak tambah2. aku pon pelik.
beliau kate duit ni tak beranak.
so, aku reflect balik.aku tgok kawan2 aku yang meniaga online ni.
mcm2 weyh. produk kesihatan, baju, tudung, seluar, jaket, sarung tangan.
senang citer macam2.
ini cara diorg untuk dapat income lebih.
dapat duit. sbb nak jana hidup sendiri.
aku?
aku bukan tak nak try. tapi aku xde internet untuk sepanjang masa
aku takde minat untuk business (dr dulu lg)
mungkin orang kata aku cuba untuk cipta alasan.
tak.
aku tak cipta alasan
ini hakikat.
yang senang dapat duit pon (mksdnye mcm melabur brape hengget dpt pulangan bape hengget.. bla3)
itu pon aku xminat. cemane tu?
so konklusinya..
kepada yang berniaga. teruskan usaha. korang memang hebat. semoga semuanya dipermudahkan untuk kawan2 aku ni.
kepada yang suka main internet ni, tgok2lah keadaan sekeliling. sedar2 kan lah diri yang orang sekeliling kita ni nakkan perhatian dari kita jugak (peringatan untuk diri sendiri)
kepada ayah dengan mama, diri ini sudah banyak menyusahkan mama dengan ayah.
terima kasih ayah dan mama.sayang mama. sayang ayah.
parents: will never tired will never complained about anything that they gave to you.

p/s: aku x pernah ade pengalaman kerja part time.terkejut? takpelah. masing2 ade pengalaman masing2
p/s 2: aku nak cuba carik duit cuti ni, tapi tak tau mcm mane. keje dgan sepupu kot
p/s 3: nnt nak start praktikal, mesti dapat elaun. so, jangan boros!


Thursday, November 28, 2013

duit.cinta.sayang

baju! tag harga. mahal. tolak tepi.
seluar! tag harga. mahal. tolak tepi.
dari dulu. diri ini tidak pernah biasa dimanja berbeli berbelanja duit sesuka hati.
walau dari ibu dan ayah sendiri.
walau ibu berkata "ambil sahaja, ayah akan bayar, takpun mama bayar sikit"
tapi diri ini kata "xpelah ma, pilih yang lain. mesti ade yang murah punyer.
duit. aku xpernah kata aku berkiraduit atau apa.
cuma aku bimbang menyusahkan mereka.
bimbang. ye. itu lah perkataannya.
tapi syukur.
aku dikurnia sang pencinta yang ingin memberi aku semua yang aku mahu.
semua.
tidak kira murah harga atau mahal.
tapi.. aku tidak biasa.
aku akan rasa geram. bimbang dan kadang-kadang marah.
sedihnya aku
bila dia kata. kalau xsuke macam tu, dah  tak nak buat dah.
tak. aku tak sedih bukan sebab aku dah xboleh berbelanja.
tapi aku sedih. seperti aku membiar sahaja perasaan gembira dia.
kerna dia gembira. bila aku gembira.

maafkan aku.
aku khilaf
aku bodoh
aku tidak sempurna....
tapi aku tetap..
sayang dan cinta kepadamu.
bukan duit pengikat cinta.
tapi rasa kasih dan sayang yang tersemat di jwa.

Monday, November 25, 2013

biasa.

kalah.mengalah.terngadah.
aku tidak cepat mengalah
aku takkan mudah terngadah
aku cuba untuk tabah.
tapi.
jangan biar aku resah tiada penyudah
kerna aku juga.
manusia biasa.
punya hati dan rasa.

cumanukilanrasadijiwa.

Sunday, November 3, 2013

CUTI! tapi....

excitednye nak balik! tapi..

seronoknya dah otw balik! tapi..

dah nak dekat dah! bestnye! tapi..

dah besar dah anak buah auntie! seronok main dengan dia! tapi...

malam2 comel je dia tidur. bahagia je tengok. tapi...

siang2 main dengan dia, dukng sampai mcm nak patah pinggang. tapi...

masuk dalam bilik. duduk sorang2. mengadap laptop. aku masih tersenyum. tapi...

terlalu banyak tapi sehingga bersedih menyendiri..


Monday, September 16, 2013

JATUH BANGUN

6 tahun: "anak makcik ni pandai membaca dn mengeja. dia pernah pergi tadika ke sebelum ni?" "xderlah. dia baru je masuk tadika. biaselah. main cikgu2 dgan kakak dia."
darjah 1-2: "sikit2 merajuklah kau ni. menyampah betul anak bongsu kan"
darjah 2: "awak je lah jadi ketua kelas wahida. cikgu percaya kat awak".( the only one. perempuan. ketua   kelas lain semua lelaki.)
darjah 3: "cikgu, kertas lukisan yang saya warna tu hilang cikgu, saya xdapat hantar." "xpe wahida, awak     amik ni, hantar gune yang cikgu warna ni." (cikgu tolong aku. aku dapat menang no 1 sebab                       sangat2 cantik lukisan yang cikgu warna tu. time kasih cikgu.)
darjah 5: "xsiap lagi keje matematik awak ni? berdiri atas kerusi!" (matematik aku hampir fail and naik darjah 6 aku hampir turun kelas kedua.)
darjah 6: yeay! 5A! aku dapat 5A UPSR!
form1-form2: zaman2 aku berkawan dengan orang2 yang asik kene panggil dengan senior. macam bani,       bani, bani dan bani. har3. (roomate sejati.sahabat sejati sampai sekarang.)
form 3: huwaaaaa. aku dapat 7A1B. kau bayangkan aku nangis macam orang yang fail semua paper masa   aku dapat tau aku tak dapat straight A. gile x aku?
form4: errkk. tercalon jadik BWP. jangan memain. aku jadik vice president. hebat sangat tu. tapi cikgu kate ade sebab sebabnye. percayalah.
form 5: aku dapat 7A 2B. kali ni aku x nangis. aku gumbira gile sebab BIO aku A-. walaupun ade minus.     aku gumbiraaaaaaa.
zaman2 asasi: zaman kejatuhan u all. result teruk. kimia betray aku. fizik boring. bio dengan math je harapan result sem terakhir telah mencampakkan aku ke UPSI.
PELAJAR PSIKOLOGI:
rupa-rupanya tidaklah perlu untuk aku pursue farmasi bersungguh sungguh kerana rupanya takdir aku adalah untuk menjadi pelajar psikologi. semua yang aku belajar, semuanya aku enjoy. aku just sangat2 suke semua bende yang aku belajar.

dalam hidup ni.
ada saat kite jatuh. jatuh yang perit sangat sampai kite rasa dah xde peluang untuk kite kejar cita-cita yang kita nak sangat masa zaman sekolah dulu.
ada saat kita bangun. bangkit. aku bangkit dari zaman kejatuhan, try to achieve my very best dekat UPSI. alhamdulillah. aku dapat naik sikit2.
apa yang terjadi dalam hidup kita, ada hikmahnya. ada baiknya. ada buruknya.
enjoy your life right now. live it to the fullest.
jangan simpan jangan pendam
kalau berkarat bernanah
susah.
luahkan ceritakan
senyuman terukir di bibir kita
orang lain pasti tersenyum juga.
SMILE!
#sebenarnya sekarang ni aku kene pikir the best moment in my life, tapi aku xdapat pkir. ini pulak yang terjadi. har3 hambar.... =D
#bani. jangan marah aaaaa. =P

Sunday, May 19, 2013

the first.

suasana di twitter.
sedang berlakunya situasi unMENSI
dan tiba-tiba
tweet 1: "saya"
tweet 2: "suka"
tweet 3: "awak"
dan saya pon menjawab
tweet 1: "saya"
tweet 2: "ke"
tweet 3: "awak?"
dan dia pon menjawab
tweet 1: "ye, awak."

dah setahun tweet tu rasanya, tapi sampai hari ni. segar sangat dalam ingatan.
masa tu lah segalanya bermula.
kasih sayang
saling mendengar
saling mengutuk
ejek mengejek
sepak menyepak
nangis poyo poyo
kalah dengan DOTA (dota tu kekasih pertama dia. haha, tapi sekarang tidak lagi. miahahaha)
sengih sorang2
senyum sampai telinga
segala macam lah yang berlaku
tapi semua tu sebab kita bersama bukan sekadar untuk suka-suka
tapi untuk
percintaan
persahabatan (dia adalah best friend yang terbaik)
dan masa depan (pikir nak kahwin camtulah. hehe)
(i am one of the girl and he is one of the boy that can get out from a friendzoned. muahahaha)

its been a year.
its been a wonderful one year for me.
i hope for you too. =)
and i hope, this wonderful date (20 MAY 2012) will continuously remembered as the biggest day of our life.
you are my alien  and i am your honey bear.. always.. =)

lepas kelas kat b.e learning. dkat uni nottingham( beberapa hari sebelum tarikh keramat itu) dinner blok b
( dia photographer ok) i-city (Dengan najwa, mila and mierah) and sambut my belated besday. hahaha (kek tu sedap tau)

bermula dengan teddy bear kecik yg hdung pink tu, kasut biru, teddy bear rakun, cincin sama2 (hak3) teddy bear besar, rantai, (ada rantai kat situ tak nampak, leher teddy bear tutup) dan baju ninja (den bagi kat dio)
awak bagi banyak, saya bagi sikit. eishhh. malu giler.. ==" 

faham x? ok x faham. tu no matrik kitorg. sebelah2. 7144.7145. course psikologi. bakal psychologist yang berjaya. ngeh3. 

gambar atas dan bawah ini menunjukkan kepoyoan kami sebagai sahabat dulu2. hahaha. den tiru rangka beruang madu tu ha, dio lak rimau apo tah. nampak x gigi. samalah awak. hahahaha. =P



bajet2 pandai pulak cakap bahasa negeri ni ha/ dia orang seremban negeri sembilan. hehe. saya orang johor. pasir gudang, johor, dia kata saya duduk di ceruk dunia. =="
(ceruk2 pon awak kene datang gak! xkira! muahahahah!)

so..
yes. the first. setahun. insyaAllah. bersama selamanya. nak naik lagi satu step. tapi tunggu dulu. hehehe.


muhammad norfaiz razali. nurwahida dayana mohd ramli.
=)


Friday, April 12, 2013

myphotographer

sayang dia
cinta dia
dia semuanya
oh tidak
aku ada keluarga, kucing2,sahabat handai
dan ditambah dengan dia.
mereka2 inilah segalanya. 
mereka2 inilah semuanya.
tapi dia sebahagian dari semua itu
kerana aku tahu
dia ada di sisiku
di masa aku perlukan dia. =)
muhammadnorfaizrazalinurwahidadayanamohdramli <3 td="">

terima kasih awak.
<3 p="">


Sunday, April 7, 2013

tipu.benar.penting.siapa?

pentingkan orang lain itu perlu agar kebajikan orang lain itu terjaga dan lebih terpelihara agar orang orang di sekeliling kita tidak tertekan dengan kerenah diri kita yang pelbagai.

itu aku. mementingkan kesenangan orang lain agar mereka disenangkan lebih lagi.
biar aku susah.
biar aku kene marah
jangan mereka bersusah payah
biar mereka senang
biar mereka suka
jangan beri kesusahan pada orang lain

aku tak mahu menjadi punca tekanan pada orang lain
aku tidak mahu bermadah helah yang tidak tidak agar aku dapat apa yang aku mahu
aku tidak mahu juga mereka-reka ragam yang pelbagai sampai naik pecah kepala orang lain.

cukuplah
cukuplah dengan meringankan tekanan orang
bebanan orang lain
agar apa yang kita lakukan terus memupuk sikap suka membantu.

tapi.. orang kata aku bodoh
orang kata aku jelik
orang kata aku gedik
orang kata aku berat sebelah

kepentingan diri mahu letak di mana?
kepentingan diri terbiar terbengkalai di tepian pantai kah?
kepentingan diri dihanyut bersama ombak2 yang deras kah?

tidak.
tidak
tidak
bukan itu yang aku mahu
bukan itu.

aku hanya mahu membantu.
salahkah?
kepentingan diri itu masih ada.
masih ada.
janganlah bimbang
janganlah risau
kerana diri belum sengsara.
belum lagi mencapai tahap MOOD DISORDER.

oh. tapi ingatlah. orang dah tolong. orang dah bantu. jangan pula selepas itu menjadi BATU. diam membisu. memekik melolong seperti HANTU.

aku psychologist.berbicara kononnya seperti psychologist. heh.

Thursday, March 28, 2013

FAMILY. BIG BIG FAMILY

well. i have a lovely mother, a caring father, a silent and mystery older sister, and the handsome and have a really good genetic older brother (my brother is too handsome that my friends said "tipulah ni abg kau" )

so basically: mama,ayah,abang,kakak.. and ME. the cutest and adorable little lovely adik. (x aku tipu je, hakikatnya aku paling becok dalam family, selepas mama)

tapi sekarang, family aku makin besar besar dan besar. mari kita mulakan sejarah keluarga aku. (bajet artis)

family portrait
masa abang aku kahwin.
kat sini, tambah sorang. kakak ipar. Siti Haliza. well.bukan siti nurhaliza walaupun abang aku pernah berangan nak kahwin dengan siti nurhaliza, tapi malangnya siti kahwin dgan datuk k. so dia meneruskan misi mencari Haliza.(mungkinlah, aku pon xtau. hahahaha)  so,in the end, shes the one lah kan. kak liza, my dear kakak ipar. kitorang suke citer pasal kucing. kakak ipar aku buat rilek je kalau kucing gigit tangan. die kate tak sakit. lame2, aku blajar gaklah kan. memang xsakit pon. geli2 geleman je. *tapi sakit gak. sikit. gigi tajam woi! *kulit i sensitif. muntah hijau.

second:
masa kakak aku kahwin

ok. ni sebenarnye masa malam berinai. tapi lantaklah kan. janji gambar. ahahaha. tu. tu lah abg ipar aku. pakai baju pink kau. (dah tu takkan kakak aku pakai pink dia pakai biru plak. ==") nampak x makin bertambah. dalam gambar ada mama, ayah, abang, kak liza, kakak dengan abang awie. oh. name abang ipar aku nabawi. mama kate, baguslah.. name macam masjid nabawi. sejuk je dengar. fuhhhh. hebat2. abang ipar aku banyak cakap. macam aku. hahaha. dia banyak share2 kat aku movie2 yg die download. aku tukang tgok. tukang copy. tukang paste. 

third. 
aku kahwin. eh. salah2. kelahiran dua orang budak tomei2 kecik cute comel. hah kau. hamek. 
NURSYAHZANANI dan ZARA DAMYA

haaaa. ni gambar mase diorang betu2 baru lahir. ZARA DAMYA lahir 7/7/2012. aku sangat2 excited kau masa dia lahir tu. aku ada anak buah! confirm comel macam makcik die. confirm! so memang comel lah kan macam aku. muahahahaha. takderlah mcm aku, of course lah mcm mak bapak die. baik punye comel. hahah. so, basically kakak aku pon mase tu dah dekat2 nak beranak sebenarnye. tapi ada lagi 2 minggu, but then, tetibe lepas 3 hari lepas zara lahir, NURSYAHZANANI pon nak join, so lahirlah caca pada 11/7/2012. 

fourth. sister, brother, me.
emmm. takde kot gambar kami bertiga time2 dah besar gedabak ni. ha! tapi ade satu gambar masa birthday kakak ngan abang aku, gambar mereka dua lah. birthday diorg dekat2. bulan januari. aku je tercampak bulan ogos. hahah.

tu2. abang aku. macam cina. ikut mak aku. nenek moyang belah mak aku ada asal usul cina. tu yg mata sepet. dapat kat aku, mata besar terbelalak. amik genetik orang bugis, belah ayah aku. muka orang bugis cam garang2 sikit. tapi kami baik~~~ hehehe. 

ha. tu kakak aku. comey je orangnye. kecik. tak macam adik dia. double the comel.muahahaha. sebenarnye,  dalam adik beradik, aku paling COMEL. a.k.a besar sikit dari orang lain. ngeh3. tapi xpe, aku gi makan mane2, aku antara yang sentiasa habis makanan. xde pon nak tinggal2 sayur mcm abang aku, xhabis nasi macam kakak aku. semua aku balun. ngeh3~~ 


hahaha! tetibe terjumpe. keciknye aku. jauh beza aku ngan kakak. 6 tahun. hehehe. tu yg kecik camtu ha. hahahah.

so~~~ thats my family. big3 family. mungkin ade orang kate. hekeleh. besar ke apenye. dahlah 3 beradik je. ade dua je anak buah. itu dia kate besar. (woiii, suke hati akulah. family aku, bukan family kau) ok stop. tak baik mengata. inilah family aku. treasure yang aku ada. walaupun mungkin bile aku makin dewasa. umur pon dah '12' tahun 2013 ni kann. ada yang mungkin.. aku xpaham, kenapa itu begini, ini begitu. tapi tetap. mereka inilah yang aku ada. MY BIG FAMILY. 

sebarang penambahan selepas ini, mungkin akan berlaku. insyaAllah~~ (aku nak kahwin gak. GATAL2 SATU BADAN)

well. ade lagi gambar2 kalau nak tengok. kalau rajin tengoklah~~ =D
*awak. saya nak awak join big family saya jugak ye. hehehe.

penat mama agah2 nak buat diorang dua ni senyum cute2 macam tu. hehe.

sweet okeyh~~~~~ hehehe. mama ngan ayah. 

sekian sahaja entry panjang berjela ini.
entry ini dibuat kerana saya sedang rindu sangat2 dengan family saya. =D
alamak! lupe! ada lagilah family saya. 


the newest: ASYI. dah besar dah. ni gmbar mase bru amik. suke melepek atas katil den.

the first pet: KUNING. kuning dah xder. sedih sangat2. =( *oh tidak, ingat kuning terus rasa nak nangis

yg ni CIKA. dibela, betina, lahirkan anak, anak xcantik. ayah kecewa. anak dan cika diberi pada orang lain. sob3. tapi xsedih sangat. sebab masa tu aku sayang kuning lebih. hahaha. tapi still. aku rindu gak dia. haha.

ini semasa kecil dan baik. dah besar, berlari lari dengan ganas sehingga kaca almari pecah. NIKO. sekali lagi kecewa. ayah bg orang lain, degil sangat. hahaha. tapi comel je dia. mata bulat. semoga orang yang jaga dia sekarang dapat bersabar. hahaha.

ok. kali ni betul2 habis dah. sebenarnye ade lagi sekor, tapi ikan. susah nak amik gambar. asik berenang. hakhakhak. 

THE END. but still. to be continued~~~ =D












Sunday, January 20, 2013

RINDU

today is the day that i miss you the most.


Saturday, January 12, 2013

KAHWIN

KAHWIN

sape nak kawin?
menurut aku belajar psikologi. umur2 macam aku ni. 20 an dan ke atas. dah pikir2 nak kawin.
korang nak kawin?
kalau akulah.
aku nak kawin.
aku nak pelamin macam tu
nak pelamin macam ni
nak baju kaler ni
nak baju fashion macam ni
nak konsep macam ni
nak kek secret recipe 3 tingkat
nak bg kat orang cenderahati ni
nak caterer nasi minyak yang sedap2
nak buat kat dewan ke kat rumah ek?
nak kad kahwin 3D.kene pakai spek merah biru dulu sblm baca.
nak ade tayangan montaj
nak buat photoshoot gempak2
nak hantaran 20 balas 18 *melampau.serious melampau.
nak.
haish. macam2 nak nye tu.

tapi..
korang ade pikir x?
kawin tu. semata mata semua bende2 ni ke?
kawin tu. nak grand2 ke? sbb org nk tgok ea?
lelaki nak kawin, pkir duit, kerja, nak tanggung sara anak orang
pompuan nak kawin, pandai masak x, keluarga sane suke x.


kawan aku berkata.
"yang penting, kehadiran saksi,tok kadi, pengantin,wali.senang citer yg mmbuatkan perNIKAHan tu sah"
"khemah sebijik, makan2 untuk sedara mara terdekat.cukuplah."
"yang penting, HALAL"
benar. tepat sekali katanya. NIKAH. tu yg pnting.

tapi.
budaya hidup kita membentukkan kita menjadi seorang yang terlalu berfikir akan apa yang orang bakal fikir pasal kita.

so,
kalau kawin simple2. haaaaaaaaaaaaaa. pe lagi kan.
"anak si bedah tu kawin, simple bebenor majlisnye, ade lah tuuu."
*gaya2 dalam video matluthfi tu. kenal x matluthfi?


moral of the story.
aku ada kawan, kawan aku tanye, bile korang nak kawin, dan aku pon mnjawab
"doakan yang terbaik untuk kami, insyaAllah yang terbaik tu milik kami." *insert smiley*

JODOH DI TANGAN TUHAN.
tapi jika kita tidak berusaha. tidak ke mana. =)