Thursday, March 25, 2010

kisah-kisah lucu..

aku bace buku ni setelah terjumpe di rak2 buku lame aku..
bleyh tahan best jugaklah... ni bukan sebarang kisah lucu.. kisah-kisah die sumenye memberi teladan.. antara yg aku suke inilah kisahnye..

tajuk:yang paling jahat mereka juga.
Pada suatu hari sekumpulan orang cerdik pandai datang ke rumah Rabi'atul Adawiyah dengan membawa suatu kenyataan yang menarik. Mereka fikir dengan kenyataan itu Rabi'ah akan mengalah, kerana selama ini Rabi'ah tidak pernah kehabisan hujjah.
"Wahai Rabi'ah, semua bentuk kebajikan yang tinggi-tinggi telah dianugerahkan oleh Allah kepada kaum lelaki,tidak kepada perempuan." kata ketua rombongan itu.
"Buktinya?"tanya Rabi'ah
"Engkau tahu sendiri. Mahkota kenabian dan Rasul telah dianugerahkan kepada lelaki.Mahkota kebangsawanan juga ada pada lelaki. Yang paling penting,tidak ada orang perempuan yang diangkat menjadi Nabi atau Rasul, tapi semuanya dari golongan lelaki."kata mereka pula.
"Memang betul pendapat tuan-tuan itu. Akan tetapi, perlu diingat bahawa sejahat-jahat pangkat ada pada mereka juga. Siapa yang paling mengagung-agungkan diri sendiri? Siapa yang mendakwa dirinya sebagai tuhan? Dan siapa pula yang berkata:"Bukankah aku ini tuhanmu yang mulia?" kata Rabi'ah sambil merujuk kepada Firaun dan Namruz.
Kemudian dia berkata lagi:"Anggapan dan ucapan seperti itu tidak pernah keluar dari mulut seorang perempuan.Semuanya ditimpakan kepada kaum lelaki."

kelakar kan? terkena balik nampaknye orang2 tadi tu.. haha...
Rabi'atul Adawiyah sememangnya tidak pernah kehabisah hujjah..=)

No comments:

Post a Comment